
KUALA LUMPUR: PAS menghantar wakil bagi menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-46 kemenangan Revolusi Islam Iran yang diadakan di Kedutaan Iran di sini, semalam.
Delegasi PAS yang diketuai Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, disambut oleh Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Valiollah Mohammadi Nasrabadi.
Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan diserikan dengan ucapan Valiollah.
Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai kepentingan umat Islam bersatu untuk membela nasib dan perjuangan rakyat Palestin serta membebaskan Baitul Maqdis dari kezaliman dan penjajahan regim penjajah Zionis Israel.
Duta Besar Republik Islam Iran juga menghargai hubungan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Iran yang meliputi pelbagai bidang dan berharap dapat diteruskan dengan lebih kukuh pada masa hadapan. – HARAKAHDAILY 8/2/2025
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!