Buku Hannah ada implikasi sebaran agama lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Salah faham istilah dalam buku ‘Becoming Hannah’ antara perkara dibangkitkan peguam cara plaintif dalam kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap Dr Kamarul Zaman Yusoff.

- Advertisement -

Antaranya adalah istilah ‘Ambassador of God’, ‘Son of God’ dan beberapa istilah agama Kristian sebagaimana dikemukakan eguam dikenali Buzze Azam mewakili pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah itu.

Buzze Azam berkata, anak guamnya didakwa oleh pihak Hannah mengulas dan menghurai maksud perkataan berkenaan dalam konteks yang salah.

“Antara isu yang dibangkitkan peguam palintif adalah berkaitan dengan Dr Kamarul salah faham dari segi istilah ‘Ambassador of God dan ‘Son of God’ dan beberapa istilah agama Kristian dalam buku itu.

“Menyatakan anak guam saya telah menghurai dan mengulasnya dalam konteks salah. Dr Kamarul telah sebaik mungkin memberi penjelasan pemahaman dan kefahaman beliau berdasarkan kepada ilmu beliau ada dan pembacaan beliau pernah buat berkaitan istilah-istilah berkenaan.

“Beliau konsisten menyatakan buku itu mempunyai implikasi penyebaran agama lain dalam kalangan umat Islam yang menjadi asas mereka membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata, Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata kedua-dua hantaran Facebook tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian. – HARAKAHDAILY 17/1/2025