Bagaimana pasti Act Kredit Pengguna patuh syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), menekankan keperluan untuk memperkukuhkan kerangka kawal selia kredit pengguna dalam usaha melindungi pengguna daripada risiko kewangan. 

- Advertisement -

Beliau mempersoalkan langkah kerajaan berkaitan pelan penggubalan Akta Kredit Pengguna yang turut melibatkan skim beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) serta perniagaan yang patuh syariah. 

“Saya ingin mendapat penjelasan berhubung pelan kerajaan menggubal Akta Kredit Pengguna bagi memperkukuh kawal selia, khususnya terhadap skim beli sekarang, bayar kemudian (BNPL), dan bagaimana ia memastikan patuh syariah,” katanya. 

Awang juga menekankan pentingnya fungsi Suruhanjaya Kredit Pengguna dalam mengawal selia penyedia kredit bukan bank. 

“Apakah fungsi Suruhanjaya Kredit Pengguna dalam memastikan tindakan pengawalseliaan yang berkesan terhadap penyedia kredit bukan bank atau entiti perkhidmatan kredit yang ketika ini tidak tertakluk kepada mana-mana agensi kawal selia seperti Bank Negara Malaysia?” katanya. 

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar mekanisme penilaian kemampuan pengguna diteliti dengan lebih baik sebelum sebarang kredit ditawarkan. 

“Apakah mekanisme penilaian kemampuan ke atas pengguna sebelum sebarang kredit ditawarkan oleh penyedia kredit tersebut?” katanya lagi. 

Beliau juga sempat membangkitkan isu lawatan rasmi yang melibatkan seorang Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan ke London bagi menghadiri program tertentu. 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying walau bagaimanapun tidak menjawab soalan diajukan dan akan menjawab secara bertulis. – HARAKAHDAILY 2/12/2024