Exco imamkan solat jenazah 2 beradik mangsa tanah runtuh

- Advertisement -

HULU TERENGGANU: Jenazah dua beradik yang merupakan mangsa insiden tanah runtuh di Kampung Bukit Apit selamat dikebumikan pada 1.00 tengah hari tadi.

- Advertisement -

Jenazah Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggong.

Jenazah dua beradik itu tiba di pekarangan tanah perkuburan pada jam 11.30 pagi diiringi lebih 100 ahli keluarga dan kenalan selepas dibawa pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Apit.

Solat jenazah diimankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil serta lebih 200 orang kampung sekitar.

Dalam kejadian semalam, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku ketika hujan lebat dan menyebabkan tiga terperangkap dalam runtuhan tersebut.

Dua maut dan seorang lagi mangsa yang terselamat iaitu Uzair Azman, 17, dibawa ke HSNZ untuk rawatan. – TRDI.my