PKD Guchil giat kumpul bekalan untuk mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA KRAI: Pusat Khidmat DUN (PKD) Guchil giat mengumpul bekalan makanan untuk diagihkan kepada penduduk yang terkepung akibat banjir melebihi tiga hari.

- Advertisement -

ADUN Guchil, Hilmi Abdullah memberitahu, dalam DUN berkenaan terdapat 557 keluarga yang sering terkepung akibat banjir setiap tahun.

Namun katanya, mereka enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Kita sudah menasihati mereka supaya berpindah, tetapi mereka masih enggan dengan alasan dan faktor-faktor tertentu. Kita nasihatkan pada mereka yang terkepung ini dapat memaklumkan lokasi rumah mereka kepada penghulu dan pihak keselamatan yang lain.

“(Ini) bagi memudahkan urusan untuk membantu bagi mengelak kejadian  yang tidak diingini,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau menyantuni team operasi menghantar bantuan banjir petang yang menggunakan khidmat Team 4X4 Barracuda dan Lacar Group mengharung Jalan Kenor-Batu Balai.

“Sama-samalah kita berdoa supaya tidak berlaku banjir besar yang lebih daripada apa yang telah kita lalui hari ini,” ujarnya.

Dalam usaha membantu mangsa banjir dan dalam kalangan yang terkesan bencana ini, para pembaca Harakahdaily boleh turut sama membantu dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Keprihatinan anda menerusi sumbangan kewangan boleh dibuat ke Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) menerusi akaun Maybank 5640 7013 0442 atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – Jabatan Penerangan. – HARAKAHDAILY 29/11/2024