Mangsa banjir lebih 80,000 orang

Antara kawasan perumahan di Pasir Mas yang ditenggelami banjir.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 80,589 mangsa banjir dilaporkan di tujuh negeri sehingga jam 9.00 pagi ini, menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).

- Advertisement -

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 56,029 orang, diikuti Terengganu (20,754), Kedah (2,829), Perlis (468), Negeri Sembilan (307), Selangor (117) dan Perak (66).

Jumlah mangsa banjir di Kelantan melibatkan 17,553 keluarga, Terengganu (5,875), Kedah (938), Perlis (145), Negeri Sembilan (86), Selangor (29) dan Perak (21).

Mereka ditempatkan di 467 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Kelantan paling banyak yang diaktifkan iaitu 207, Terengganu (228), Kedah (21), Perlis (4), Negeri Sembilan (3) dan masing-masing dua di Selangor dan Perak.

Sehingga kini, empat kematian dilaporkan susulan banjir yang berlaku itu.

Dalam usaha membantu mangsa banjir dan dalam kalangan yang terkesan bencana ini, para pembaca Harakahdaily boleh turut sama membantu dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Keprihatinan anda menerusi sumbangan kewangan boleh dibuat ke Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) menerusi akaun Maybank 5640 7013 0442 atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – Jabatan Penerangan. – HARAKAHDAILY 29/11/2024