KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda sembilan negeri sehingga jam 10.00 malam ini berjumlah 103,226 orang.
Menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Kelantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 69,050 orang, diikuti Terengganu (24,540), Kedah (6,000), Negeri Sembilan (2,161), Perlis (496), Selangor (487), Johor (305), Melaka (167) dan Perak (20).
Jumlah keluarga yang terlibat banjir di Kelantan ialah 21,501, Terengganu (6,847), Kedah (1,860), Negeri Sembilan (595), Perlis (144), Selangor (111), Johor (85), Melaka (46) dan Perak (7).
Sebanyak 590 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu 248 di Kelantan, Terengganu (255), Kedah (49), Negeri Sembilan (20), Perlis (4), Selangor (2), Johor (6), Melaka (5) dan Perak (1). – HARAKAHDAILY 29/11/2024