MEMBERI makan kepada orang yang lapar adalah amalan yang sangat besar ganjarannya di sisi Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا، إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan, (sambil berkata): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula terima kasih.” (Surah Al-Insan: 8-9).
Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَطْعَمَ جَائِعًا أَطْعَمَهُ اللَّهُ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ
“Barang siapa memberi makan orang yang lapar, Allah akan memberinya makanan daripada buah-buahan syurga.” (Riwayat Tirmidzi, no. 2449, hasan).
Dalam suasana banjir yang melanda, inilah peluang terbaik bagi kita semua untuk membantu mereka yang memerlukan sambil meraih keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Ketika ini, Khidmat Malaysia sedang melaksanakan program Dapur Rakyat di kawasan-kawasan banjir yang terjejas bagi menyediakan makanan percuma kepada mangsa-mangsa banjir. Setiap hari, ribuan hidangan disediakan untuk memastikan setiap mangsa menerima makanan asas seperti sepinggan nasi dan segelas air, terutama mereka yang berada di pusat pemindahan atau terputus hubungan dengan bekalan asas. Usaha ini dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan rakyat yang prihatin serta gerak kerja sukarelawan yang tidak kenal lelah.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menyumbang serendah RM5, nilai yang cukup untuk menyediakan sepinggang nasi dan segelas air bagi seorang mangsa banjir. Hulurkan bantuan anda melalui saluran rasmi Khidmat Malaysia ke akaun:
Maybank: 562384542866 Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia)
Sumbangan kecil kita mungkin menjadi penyelamat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Bersama kita membantu saudara-saudara kita menghadapi ujian ini dengan penuh ketabahan.
DATUK DR AHMAD MARZUK SHAARY
Pengerusi Khidmat Malaysia – HARAKAHDAILY 28/11/2024