Peruntukan untuk simpanan keperluan banjir tidak mencukupi

Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peruntukan untuk simpanan keperluan mangsa banjir tidak mencukupi kerana memerlukan dana yang lebih besar.

- Advertisement -

Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan termasuklah di kawasan Rantau Panjang.

Beliau juga memberi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta seluruh agensi kakitangan kerajaan persekutuan atas kesungguhan mereka dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Apa yang berlaku ialah dalam mangsa beberapa jam sahaja mangsa banjir di Kelantan sudah meningkat kepada 32,437 orang dan melibatkan 164 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Jadi, ini sudah tentu memerlukan dana dan peruntukan yang lebih besar,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan, Wanita dan Masyarakat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan hanya menetapkan peruntukan untuk simpanan keperluan banjir sebanyak RM950,000 dan sememangnya tidak mencukupi untuk menghadapi situasi tersebut.

“Maka apakah rancangan kerajaan bagi memastikan cabaran yang besar ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin memandangkan cuaca semakin tidak menentu?” katanya lagi.

Beliau berharap kerajaan mengambil perhatian sepenuhnya terhadap mangsa-mangsa banjir ini. – HARAKAHDAILY 28/11/2024