Mutiara Rentas Desa henti operasi di laluan banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Mutiara Rentas Desa (MRD) menghentikan sementara perkhidmatan bas berhenti-henti akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Kelantan sekarang.

- Advertisement -

MRD dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga kini tiga jalan dihentikan iaitu laluan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, laluan Kota Bharu-Kampung Raja dan Kota Bharu-Bachok.

MRD yang bernaung di bawah Konsortium E-Mutiara Berhad turut mengumumkan empat laluan Kota Bharu-Jerteh dan laluan Kota Bharu-Kuala Krai dihentikan sejak semalam.

Selain itu laluan laluan Kota Bharu-Gua Musang dan laluan Kota Bharu-Rantau Panjang turut dihentikan kerana tidak boleh dilalui sebarang kenderaan.

Pihaknya memaklumkan laluan tersebut akan ditutup sehingga tarikh yang diberitahu kelak.

Manakala laluan Kota Bharu-Pengkalan Chepa, Kota Bharu-Pasir Mas, Kota Bharu-Sabak, Kota Bharu-Airport, Kota Bharu-PCB dan Kota Bharu-Tanah Merah Jeli operasi seperti biasa.

Sementara itu paras Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 11.65 meter jam 3.30 petang tadi iaitu melebihi paras bahaya.

Mangsa banjir di Rantau Panjang dan Pasir Mas dipindahkan ke 45 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang kini mencecah 14,603 mangsa.

Sungai Kelantan di Kuala Krai turut meningkat kepada 25.42 meter jam 3.40 petang iaitu melebihi paras bahaya. – HARAKAHDAILY 28/11/2024