Banyak jalan negeri ditutup akibat banjir di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 11 jalan negeri di jajahan Pasir Mas tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan akibat kenaikan paras air banjir.

- Advertisement -

Jabatan Kerja Raya Kelantan pada hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan Jalan Lubok Jong-Bulatan Pohon Tanjung ditutup kepada kenderaan ringan.

Pihaknya turut memaklumkan sebanyak sebanyak tujuh jalan ditutup kepada kenderaan ringan termasuk Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah kepada semua jenis kenderaan.

Dalam pada itu di jajahan Bachok pula sebanyak 10 jalan negeri ditutup akibat limpah air banjir membabitkan paras kedalaman sehingga 0.25 meter membahayakan semua jenis kenderaan.

Selain itu jalan Persekutuan Kubang Kerian-Bachok berhampiran Padang Melintang ditutup kepada kenderaan ringan sejak dua hari lalu.

Di Kuala Krai, tiga jalan negeri iaitu Jalan Bukit Sireh ditutup kepada semua jenis kenderaan selain Jalan batu Balai dan jalan Simpang Tiga Pahi ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan persekutuan berhampiran Balai Bomba Sungai Durian dibuka dan laluan lama Tok Bok ditutup kepada kenderaan ringan, sebaliknya berlaku cerun runtuh di Kampung Sungai Teku Luar jalan ditutup separuh.

Bagi jalan negeri beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan ringan, Jalan Pulai Chondong-Kemubu, Jalan Batu 30-Temangan, Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa dan Sungai Mati-Kerawang.

Lima jalan negeri di Pasir Puteh ditutup bagi kenderaan ringan di lampu trafik Bukit Gedombak, Jalan Semerak, Jalan Bukit Jawa Wakaf Bunut, Jalan Pasir Puteh Gong Kelih dan Kampng Chengal Pulas.

Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu berdekatan lampu trafik jerus turut ditutup kepada kenderaan ringan setelah banjir dengan kedalaman 0.35 meter sepanjang jarak 100 meter jalan tersebut. – HARAKAHDAILY 28/11/2024