Apa peranan Malaysia mempertahan hak maritim?

Dato' Seri Dr. Shahidan Kasim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Dr. Shahidan Kasim (PN-Arau) mempersoalkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam membuktikan ketegasan dalam mempertahankan hak maritimnya.

- Advertisement -

Beliau menyatakan perkara sebegitu termasuklah tuntutan sempadan maritim dengan negara China terhadap kawasan sembilan garis terputus-putus (nine-dash line) itu sendiri.

“Tuntutan tersebut adalah jelas tidak sah dan bertentangan dengan UNCLOS,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa terdapat beberapa kes di kawasan 80 kilometer dari Sarawak yang mana nelayan tempatan dihalau oleh pegawai-pegawai pantai China kerana menyatakan kawasan tersebut milik mereka.

Kata beliau, perkara sebegitu adalah jelas merupakan satu bentuk pencerobohan dan mempersoalkan apa tindakan kerajaan dalam menghalau pasukan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad  Alamin menyatakan isu itu akan dijadikan sebagai tumpuan setelah negara Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

“Kita juga tidak mengiktiraf dengan nine-dash line yang dikeluarkan oleh negara China itu sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/11/2024