Masalah perumahan berstrata masih berlaku

Mohd Hasnizan Harun
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah yang berkaitan isu perumahan berstrata secara realitinya masih lagi berlaku dalam negara ini.

- Advertisement -

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) berkata isu perumahan berstrata ini adalah melibatkan pembayaran dalam kos penyelenggaraan (maintainance) dan sebagainya.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan berhasrat untuk melaksanakan sistem subsidi kepada mana-mana bangunan kos rendah dan menyelesaikan masalah tersebut.

“Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem subsidi ataupun insentif kepada mana-mana bangunan kos rendah dan bagi menyelesaikan masalah perumahan berstrata yang pemilik strata sehingga sekarang tak dapat diselesaikan?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyatakan negara ini mempunyai lebih kurang 24,385 skim bangunan berstrata dan jumlah unit adalah amat tinggi iaitu mencecah 2.83 juta.

“Sekiranya semua berstrata bergantung kepada subsidi kerajaan maka ini sememangnya tidak mungkin berdasarkan kekangan kewangan mana-mana kerajaan pun di dunia ini,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan telah memperuntukan RM300 juta untuk membaiki, menyelenggara dan membaik pulih mana-mana bangunan yang didapati usang tetapi masih memerlukan kerjasama daripada semua penghuni rumah tersebut. – HARAKAHDAILY 26/11/2024