3.4 juta warga asing melebihi had disaran kementerian

 Dr. Abd Ghani Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Kebanjiran warga asing di Malaysia perlu dikawal bagi melindungi peluang pekerjaan rakyat tempatan.

- Advertisement -

Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun), berkata jumlah warga asing kini mencecah 3.4 juta atau 10 peratus daripada penduduk negara, termasuk golongan ekspatriat, melebihi had 2.4 juta yang disarankan oleh Kementerian Ekonomi.

Beliau menggesa langkah proaktif bagi memastikan kehadiran mereka tidak mengancam kedaulatan negara.

“Yang kedua Microsoft dan Google telah mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia. Jadi soalan saya sejauh manakah Kementerian Dalam Negeri berkobarasi dengan Kementerian Sumber Manusia dalam mengawal jumlah kemasukan golongan expatriat terutamanya golongan profesional yang berkemahiran tinggi, celik IT.

“Kita bimbang peluang pekerjaan ini bakal dimonopoli oleh golongan ekspatriat, sekali gus menjejaskan keutamaan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail dalam jawapannya berkata, Kabinet telah menubuhkan jawatankuasa khas dipengerusikan bersama oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengawal pekerja asing, dengan siling maksimum 2.58 juta pekerja menjelang Disember 2024. – HARAKAHDAILY 26/11/2024