Akaun palsu: ‘Macam mana kita nak atasi isu ni?

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mempersoalkan keupayaan kerajaan menangani isu akaun palsu dan penyebaran berita palsu yang semakin membimbangkan.

- Advertisement -

Beliau mempertikaikan keberkesanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan pemilik akaun palsu walaupun aduan telah dibuat.

Selain itu, beliau meminta penjelasan mengenai tindakan kerajaan terhadap pihak yang didakwa menyunting video temu bual Perdana Menteri dengan CNN.

“Jadi sebenarnya nampak macam mereka itu lebih, lebih advance teknologi mereka daripada kita. Macam mana kita nak atasi isu ni?” tegas beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dalam jawapannya berkata kerajaan mengakui cabaran mengesan pemilik akaun palsu dan menekankan keperluan memperketat garis panduan platform seperti Meta dan Google, termasuk keperluan maklumat pengguna seperti nombor telefon.

Menurutnya, Pindaan Akta 588 dicadangkan untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa, termasuk PDRM, mengarahkan penyedia platform mendedahkan data pengguna. – HARAKAHDAILY 25/11/2024