Selamat ulang tahun penubuhan PAS ke-73

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah salah satu parti politik tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada 24 November 1951 untuk memperjuangkan prinsip-prinsip Islam dalam politik dan masyarakat.

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam satu kenyataan berkata, pada awal penubuhan PAS banyak memberi fokus kepada memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah British dengan membawa agenda berasaskan Islam.

“Selepas merdeka, PAS memainkan peranan yang signifikan dalam membawa suara umat Islam serta mempertahankan kepentingan Islam dalam arena politik negara.

“PAS turut menghadapi pelbagai cabaran politik termasuk berpisah dengan gabungan politik seperti Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, dan terkini Muafakat Nasional,” katanya di media sosial.

DPPM turut berkata, dengan kebangkitan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), PAS terus relevan dalam arus politik semasa dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Kini, PAS telah merangkul sebanyak 43 kerusi Parlimen dalam PRU-15 dan berjaya menawan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dalam PRN-15.

Tambah kenyataan itu lagi, 73 tahun penubuhan PAS yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan telah menjadikan PAS sebagai parti politik yang matang serta disegani kawan dan lawan.

“Semoga PAS terus istiqamah dalam memperjuangkan Islam demi tanah air yang tercinta ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/11/2024