Saya membuat catatan ucaptama Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu International Summit 2024 (TIS 2024) pagi ini.
Beberapa intisari ucapannya di bawah:
كَانَ النَّاسُ اُمَّةً وَّاحِدَةً ۗ فَبَعَثَ اللّٰهُ النَّبِيّٖنَ مُبَشِّرِيْنَ وَمُنْذِرِيْنَ ۖ وَاَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيْمَا اخْتَلَفُوْا فِيْهِ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ فِيْهِ اِلَّا الَّذِيْنَ اُوْتُوْهُ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَتْهُمُ الْبَيِّنٰتُ بَغْيًا ۢ بَيْنَهُمْ ۚ فَهَدَى اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِاِذْنِهٖ ۗ وَاللّٰهُ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَاۤءُ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ
Maksudnya: “Manusia itu (dahulunya) satu umat. Lalu Allah mengutus para nabi (untuk) menyampaikan khabar gembira dan peringatan. Dan diturunkanNya bersama mereka kitab yang mengandungi kebenaran, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Dan yang berselisih hanyalah orang yang telah diberi (Kitab), setelah bukti-bukti yang nyata sampai kepada mereka, kerana kedengkian di antara mereka sendiri. Maka dengan kehendak-Nya, Allah memberi petunjuk kepada mereka yang beriman tentang kebenaran yang mereka perselisihkan. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” (Al-Baqarah: 213)
Ulama tafsir menyebut manusia beragama satu sahaja iaitu agama Allah selepas 1,000 tahun wafatnya Adam.
Manusia ada 3 peranan: ibadat, khalifah, amanah- tunaikan petunjuk Allah, melalui wahyu atau akal utk mentadbir dengan baik dan adil.
Selepas itu manusia lalai. Cipta ajaran sendiri, langgar fitrah, rosakkan diri manusia, lantik tuhan selain Allah.
Allah utuskan Nabi Nuh, iaitu Nabi pertama berjuang, ajak kembali kepada Allah, diakhiri dengan Nabi SAW.
Manusia diberi ilmu dalam pelbagai bidang. Bangunkan diri manusia dengan ilmu.
Nabi Ismail dibesarkan di tanah kering Mekah, tetapi dibangunkan dengan ilmu.
Nabi SAW bangunkan negara Madinah, sesuai dengan manusia yang bersifat madani. Ibn Khaldun sebut:
الناس مدني بالطبع
Manusia hidup secara bermasyarakat secara tabiinya.
Nabi bangunkan negara bandar di Madinah, terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam. Umat Islam memerintah, ajak non-Nuslim yang tidak ekstrem untuk bersama.
Umat Islam kembangkan pengaruh di seluruh pelosok bumi di bawah pemerintahan Islam. Islam dianggap penyelamat, bukan penjajah. Rom dan Parsi jatuh.
Islam mengislamkan manusia, islamkan ilmu, islamkan negara.
Iqra’ sebagai asas. Imam Ghazali sebut ilmu itu ada fardu ain dan fardu kifayah. Orang kita diajar fardu kifayah hanya solat jenazah sahaja misalnya.
Nabi jinakkan hati orang Arab dari mereka yang keras hatinya kepada lembut hatinya. Ilmu bermanfaat diterjemah daripada bahasa lain ke dalam bahasa Arab. Muncullah tamadun Islam.
Orang Islam menjadi orang pertama dalam pelbagai bidang sains dan lain-lain.
Allah uji manusia dengan menjadi pemerintah dan ada kuasa. Guna untuk apa.
Islam jatuh dengan sebab tinggalkan ajaran Islam. Umar Al-Khattab, bila dapat tawan Bait Al-Maqdis, kalahkan Empayar Rom, Byzantine berucap: “Kita adalah satu kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan selain Islam, kita dihina oleh Allah”.
Orang Islam lemah, diratah oleh orang lain. Bukan kerana sedikit tetapi tidak berkualiti, seperti buih di laut. Allah cabut rasa gerun terhadap kamu daripada musuh. Penyakitnya ialah kerana kasih dunia dan bencikan kematian.
Umat Islam tinggal Islam, digoda oleh orang bukan Islam.
Orang Arab minta tolong Barat jatuhkan kerajaan Islam Turki.
Kuasa Islam jatuh, antaranya kerana berbalah sesama sendiri, dibantu oleh tokoh-tokoh Barat yang ramai.
Allah janji bahawa Islam tak dapat dipadamkan walaupun lemah, lumpuh. Islam tetap bercahaya. Ada kumpulan yang pertahankan Islam sampai bila-bila.
Gaza lebih kecil dari sebuah daerah di Terengganu. Berlaku kebangkitan yang hebat. Negara Arab tak dapat lawan Yahudi. Mesir lawan Israel, 7 hari kalah. Ada negara Arab yang lain perang, 3 hari kalah. Kenapa? Kerana tak bina kekuatan dengan ikhlas. Duit banyak, tapi belanja utk yang lain.
Allah sebut:
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bersedia untuk menentang mereka, apa-apa kekuatan yang kamu mampu..” (Al-Anfal: 60)
Bina kekuatan itu ikut masa dan zaman. Dulu panah, sekarang senjata sekarang.
Sedikit negara tolong Gaza. Banyak negara tak tolong, sangat mengecewakan. Setahun lebih, Gaza belum kalah. Israel pula semakin hari makin jatuh. Allah atur perkara ini, nak uji kita sebagai orang Islam.
Nabi sebut:
لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك”، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: “ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya: “Sentiasa ada dalam kalangan umatku yang muncul menegakkan agama, melawan musuh mereka. Mereka yang memusuhi kumpulan ini tidak dapat memudaratkan mereka melainkan sedikit kesusahan yang menimpa mereka, hingga datang urusan Allah kepada mereka, dalam keadaan mereka begitu.’ Sahabat bertanya: ‘Wahai RasulAllah! Di mana mereka?’ Nabi bersabda: ‘Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.”
Nabi sebut perkara ini. Betul sungguh. Jiran-jiran Gaza buat tak tahu. Yang menarik, kumpulan Islam berperang menurut kaedah syarak – tak bunuh tawanan, tak serang hospital. Tidak seperti rejim Zionis. Tentera pengaman PBB pun ditembak. Kesannya mahkamah jenayah antarabangsa tidak berpihak kepada rejim Zionis.
Program ini walaupun dibuat di Terengganu, kecil sahaja, tetapi ada kebaikannya.
Tanggungjawab tegakkan Islam menjadi fardu ain atas setiap orang Islam. – HARAKAHDAILY 23/11/2024