KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran Terengganu International Summit (TIS) 2024.
“Terima kasih saya ucapkan kepada para negarawan, tokoh ilmuan, pendakwah, para alim ulama, pembentang dan peserta pelbagai negara yang hadir bagi menjayakan majlis ini.
“Kehadiran kalian semua adalah sangat bermakna kepada Terengganu International Summit 2024 pada kali ini.
“Kerdil rasanya namun tinggi harapan agar kita boleh menjadikan Terengganu International Summit 2024 ini sebagai medan bertindak kepada solusi-solusi bagi berbagai-bagai isu yang sedang dihadapi oleh umat Islam,” katanya dalam hantaran medias sosial, hari ini.
Dr Ahmad Samsuri berkata, TIS boleh diangkat sebagai antara agenda strategik negara dan boleh dilaksanakan oleh negara pad suatu masa nanti.
Beliau juga berharap perjalanan program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. – HARAKAHDAILY 23/11/2024