Sungai lepasi paras amaran ekoran hujan berterusan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tiga sungai di Kelantan kini telah melepasi paras amaran dan berjaga-jaga setakat pukul 8:00 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

- Advertisement -

Menurut Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Semerak di Pasir Putih telah melepasi paras amaran dengan bacaan 2.57 meter (m) iaitu berbanding paras amaran (2.3 m).

Manakala, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok juga telah melepasi paras berjaga-jaga.

Ketika-tiga sungai berkenaan menunjukkan trend menaik dan sehingga kini, hujan masih berterusan.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan yang berbahaya untuk Kelantan, Terengganu, dan Pahang hingga 23 November.

Dalam kenyataan MetMalaysia berkata, kawasan terjejas adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mamat, mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak masing-masing khususnya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun.

Katanya, kealpaan ibu bapa, membiarkan anak-anak tanpa pengawasan akan membawa musibah.

“Kanak-kanak amat gemar bermain air, tanpa sedar bahaya menanti dinhadapan,” katanya ketika berucap merasmikan Skim Cakna Aulat DUN Bunut Payong.

Program berkenaan diadakan di Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah Bunut Payong, di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 22/11/2024