KOTA BHARU: Selain sumbangan tetap kerajaan negeri, Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut mencari sumber lain termasuk melalui pelaburan di pelbagai sektor.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, melalui pajakan tanah seluas 53,531,47 ekar YIK mendapat pulangan tahunan minima sebanyak RM8 juta.
Katanya, pelaburan bidang lain termasuk industri pembalakan dan projek perumahan memberi pualangan untuk jangka masa pendek.
“Pencapaian hasil pelaburan YIK untuk tahun 2019 hingga 2023 melibatkan pajakan tanah sebanya RM7.22 juta dan pembalakan (RM400,00) dengan jumlah keseluruhan RM7.6 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shaari Mat Yaman (PAS-Bunut Payong) pada persidangan DUN hari ini.
Wan Roslan juga berkata, pada tahun 2020 sebanyak RM12.3 juta diperolehi, masing-masing daripada projek perumahan (RM5.4 juta) dan pajakan tanah sejumlah RM6.9 juta.
Tahun 2021 YIK mendapat jumlah pendapatan RM20.88 juta daripada pajakan tanah RM18 juta dan perumahan RM2.88 juta.
“Pendapatan yang diperolehi YIK pada tahun 2022 berjumlah RM14.29 juta melalui pajakan tanah (RM13 juta) dan pembalakan RM1.27 juta.
“Bagi tahun 2023 pula, YIK memperolehi pendapatan berjumlah RM15.3 juta yang diperolehi daripada pajakan tanah RM14.9 juta dan pembalakan RM425,000,” katanya.
Menurut beliau, hasil pelaburan YIK untuk menampung kekurangan sumbangan atau bantuan daripada kerajaan negeri bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.
Wan Roslan juga berkata, keuntungan sebelum cukai perniagaan runcit yang diperolehi YIK pada tahun 2021 berjumlah RM254,728.
Katanya, bagi tahun 2022 keuntungan runcit sebanyak RM485,412 dan 2022 (RM338,671).
“Untuk tahun 2024 pula pendapatan diperolehi sehingga Oktober sebanyak RM320,359.50,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/11/2024