Kementerian Kewangan perlu dengar cadangan KKR

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menegaskan bahawa Kementerian Kewangan perlu lebih terbuka mendengar dan menerima cadangan Kementerian Kerja Raya (KKR), terutama berkaitan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

- Advertisement -

Beliau mempersoalkan kekurangan koordinasi antara kedua-dua kementerian, menyebabkan pihak lain perlu menulis kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklum balas.

“Adakah bermakna KKR punya perakuan ataupun cadangan ni tak diterima langsung oleh Kementerian Kewangan ni? Bukan saja WP32 itu, yang lain-lain pun Kementerian Kewangan tak dengar juga kah? Musykil saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya oleh timbalan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam jawapannya berkata, Kementerian Kewangan bersedia mempertimbangkan cadangan KKR, namun lebih baik jika lebih ramai pihak turut menyokong cadangan tersebut.

Beliau berkata, terdapat maklumat tertentu yang hanya diketahui oleh Kementerian Kewangan, yang menyebabkan keputusan berbeza dibuat. – HARAKAHDAILY 21/11/2024