Skrin tidak papar status enam MP timbul persoalan

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) membangkitkan persoalan mengenai di skrin Dewan Rakyat tidak menunjukkan status enam wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

- Advertisement -

Beliau berkata, situasi itu dilihat menyukarkan urusan sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan yang membabitkan soalan tambahan dari pihak kerajaan dan pembangkang.

“Soalan 10 dari Jeli dalam skrin tidak memaparkan daripada mana-mana parti, jadi adakah soalan kedua kena pastikan sebelah kerajaan ataupun daripada sebelah sini (pembangkang).

“Ini tidak adil kerana dia duduk di tengah-tengah, sepatutnya dapat tiga soalan, sana kedua sini ketiga, baru adil YB, jadi saya ingin petua daripada YB,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada sesi pagi tadi Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik meminta penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pembaharuan mengenai sekolah daif yang memerlukan penambahbaikan.

Kata Abdul Latiff berdasarkan prosedur biasa, Zahari perlu mengemukakan soalan tambahan selain soalan tambahan dikemukakan dari pihak kerajaan atau pembangkang.

Beliau berkata sekiranya kejadian itu tidak ditangani oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat berkemungkinan sesi soal jawab bakal menjadi tiga soalan, sedangkan parlimen mempunyai dua pihak.

“Selepas ini kalau daripada Jeli, Gua Musang dan sebagainya dari kawan-kawan yang enam ini, jadi kena bagi tiga soalan, soalan pertama dari tuan soalan, soalan kedua kerajaan dan ketiga kami,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membangkitkan persoalan mengenai paparan di skrin Dewan Rakyat, iaitu Syed Abu Hussin yang masih lagi daripada PN.

Sedangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sudah digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – HARAKAHDAILY 20/11/2024