PBB bakal adakan undian gencatan senjata di Gaza

Undian itu antara usaha terbaru untuk menamatkan perang. (FOTO: Britannica)
- Advertisement -

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadualkan mengundi mengenai draf resolusi yang menggesa gencatan senjata di Gaza dalam percubaan terbarunya untuk menamatkan perang, pada hari ini.

- Advertisement -

Draf resolusi terbaru itu menuntut ‘gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal’ dalam perang antara Israel dan HAMAS, serta pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.

Tuntutan tersebut bagaimanapun telah membangkitkan kemarahan negara haram Israel dan menimbulkan kebimbangan terhadap kuasa veto yang mungkin akan digunakan oleh sekutunya, Amerika Syarikat (AS).

Sejak permulaan perang pada 7 Oktober tahun lalu, Majlis Keselamatan PBB bergelut untuk mencapai kata sepakat, di mana AS sering menggunakan kuasa vetonya beberapa kali, di samping Rusia dan China.

Beberapa resolusi yang telah diluluskan dan tidak mendapat veto oleh AS hanyalah mengenai gencatan senjata tanpa syarat, yang kemudiannya sekadar dihiraukan oleh Zionis-Israel. – Al Arabiya/HARAKAHDAILY 20/11/2024