TVET pertanian: Sejauh mana sedia teknologi terkini?

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mempersoalkan sejauh manakah pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian dalam menyediakan kemudahan-kemudahan teknologi pada masa ini.

- Advertisement -

Beliau berkata tujuan TVET tersebut adalah untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir dalam industri khususnya dalam sektor pertanian.

“Persoalan saya ialah, sejauh manakah institusi yang menawarkan TVET pertanian ini menyediakan kemudahan-kemudahan teknologi terkini seperti automasi, pintar, bioteknologi dan analitik data sesuai dengan Revolusi Perindustrian 4.0?

“Soalan saya ialah bila ianya akan dilakukan?” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan bila kerajaan ingin turun ke kilang di kawasan Bagan Serai bagi membuat operasi serbuan.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu berkata, serbuan tersebut tidak boleh diberitahu masanya kerana bimbang berlakunya pakatan dengan pengilang.

“Namun begitu, soal teknologi moden ianya sedang dijalankan di pihak kementerian dan pusat-pusat latihan kita sentiasa menggunakan teknologi baru,” katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa segala penambahbaikan akan sentiasa dilakukan memandangkan Timbalan Perdana Menteri sendiri amat mengambil berat mengenainya. – HARAKAHDAILY 19/11/2024