Tambah baik bantuan musim tengkujuh – Wan Hassan

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah memerlukan penambahbaikan oleh kerajaan.

- Advertisement -

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun), menyuarakan kebimbangan terhadap impak Monsun Timur Laut yang telah bermula pada November 2024 hingga Mac 2025, dengan menjangka peningkatan jumlah golongan terjejas akibat cuaca buruk. 

“Oleh yang demikian maka pohon dinyatakan unjuran jumlah pekebun kecil dan penoreh getah yang dijangka bertambah terjejas dengan musim tengkujuh kali ini,” ujar beliau ketika membahaskan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan jumlah tambahan pekebun kecil dan penoreh getah di daerah Dungun yang bakal menerima bantuan.

“Adakah bantuan musim tengkujuh yang diperuntukkan telah ditambah atau disesuaikan dengan unjuran tersebut sekiranya berlaku pertambahan jumlah penerima yang layak,” katanya.

Dalam perbahasannya, beliau menggesa pihak berkaitan, seperti RISDA, mempermudah proses pendaftaran penoreh getah tanpa hak milik tanah bagi memastikan mereka juga layak menerima bantuan. – HARAKAHDAILY 19/11/2024