Israel memang negara haram! – Tun Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Israel sememangnya negara haram, justeru itulah Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel.

- Advertisement -

Menurut beliau, Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa pungutan suara dalam kalangan penduduk Palestin di mana situasi itu tidak sama seperti Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

“Tidak pernah saya ‘Ia kan’ adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya,” kata Tun Mahathir dalam satu kenyataan di _Facebook_ pada Selasa.

Pemimpin berusia 99 tahun itu juga berkata, Malaysia sepanjang masa mengiktiraf negara Palestin.

“Kita terima Duta Palestin. Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel,” katanya.

Penegasan beliau itu dilihat berkemungkinan sebagai reaksi terhadap jawapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiyakan hak Israel ketika ditemubual CNN baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 19/11/2024