KAPAR: Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyampaikan ucapan terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan dan PAS Sabah atas kesudian menyambut kedatangan sahabat-sahabat daripada semenanjung.
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata kehadirannya ke Sabah bertujuan memenuhi jemputan ke program Ijtimak Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16, Karambunai.
“Saya dijemput menjadi penyampai untuk berkongsi tentang pendekatan menyantuni pengundi rentas kaum.
“Alhamdulillah, PAS Selangor telah dipilih sebagai negeri angkat bagi DUN Karambunai untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.
Justeru, beliau berkata antara yang turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad yang ditugaskan untuk mengendalikan slot Bengkel Penerangan dan Media Sosial.
“Insya-Allah, kali ini PAS Sabah akan dapat ADUN sulungnya! Doa kami mengiringi seluruh keluarga PAS di Sabah. Semoga kemenangan milik kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/11/2024