BSH berdasar PGK tidak mampu tangani kos sara hidup

Datuk Khlir Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Walaupun kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) diumumkan baru-baru ini, namun ia tidak mampu menangani kenaikan kos sara hidup.

- Advertisement -

Dato’ Khlir Mohd Noor (PN-Ketereh) berkata, pengumuman dalam Belanjawan 2025 itu hanya membabitkan veteran tidak berpencen bahkan situasi sekarang turut melibatkan veteran pencen.

Menurutnya beliau menerima banyak aduan melalui telefon dari bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen yang menjelaskan khabar tersebut gagal menangani kos sara hidup ketika ini.

“Berkenaan bantuan sara hidup ini kalau kita lihat pengumuman Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 kepada tak berpencen sahaja, tetapi sebenarnya ia dipanjangkan juga kepada veteran pencen.

“Karenah di kementerian itu sendiri, jadi tolong bagitahu jangan banyak karenah sangat sampai orang sakit pun nak kena pergi pejabat tu macam mana, banyak aduan saya terima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Adly, Kementerian Ekonomi sudah memberi penjelasan mengenai dasar tersebut dan pihaknya turut melaksana kebajikan bekas tentera.

“Menteri Ekonomi sudah jelaskan garis-garis kemismkinan dalam negara kita, mungkin yb boleh bangkitkan persoalan itu kerana itu menjadi tanggungjawab diperingkat kementerian itu.

“Saya sebut bukan sahaja kita lihat kebajikan anggota pertahanan veteran tetapi Kesihatan, perumahan, pendidikan anak-anak, dan diperkenalkan sikim kerjaya kedua untuk pastikan veteran kita ini,” katanya.

Pada 18 Oktober lalu kerajaan mengumumkan kadar tersebut berdasarkan PGK untuk veteran ATM yang tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding RM300 pada masa ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 selain setuju melanjutkan bayaran penghargaan khas dan penerima pencen terbitan tahun depan. – HARAKAHDAILY 19/11/2024