Inflasi rendah tidak bermaksud rakyat tidak terbeban

Azahari Hasan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi yang semakin rendah ke paras 1.5 peratus pada bulan ini tidak bermaksud rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup ketika ini, kata Azahari Hasan (PN-Padang Rengas).

- Advertisement -

Lantas beiau mempersoalkan tindakan kerajaan samada sudah mengenalpasti unjuran peraturan kenaikan harga barangan mengikut selepas rasionalisasi RON95 dan penyelarasan gaji minimum kelak.

Beliau berkata, kerajaan juga telah melancarkan statistik baharu bagi indikator kos sara hidup yang merangkumi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH).

“Sejauh mana unjuran ini diambilkira dalam indikator kos sara hidup berasaskan perbelanjaan kehidupan wajar dan adakah kajian ini turut dijalankan, tekanan inflasi makanan, minuman dan kuasa beli.

“Hal ini membabitkan pengguna bagi olongan M40 dimana lebih 58 peratus daripada golongan ini tinggal di bandar turut merasai kesan kenaikan kos sara hidup dan kenaik harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fuziah menjelaskan beliau mengakui jika kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 bakal memberi kesan besar kepada isi rumah di negara ini.

Beliau juga berkata kenaikan harga makanan dan minuman di negara ini bukan berpunca penarikan subsidi diesel sebaliknya disebabkan oleh faktor yang ditentukan oleh kuasa besar dunia. – HARAKAHDAILY 18/11/2024