Risiko dan kawalan aktiviti rekreasi di sungai

- Advertisement -

AKTIVITI rekreasi telah menjadi pilihan alternatif untuk melepaskan tekanan kerja bagi sesetengah individu. Selain itu program-program motivasi atau ‘team building’ juga ada menggunakan unsur rekreasi di dalam modul-modul kem pembinaan insan mereka. Salah satu aktiviti rekreasi yang diguna ialah aktiviti rekreasi air.

Setiap aktiviti yang disusun sudah pasti terdedah kepada sebarang bentuk kemalangan. Begitu juga dengan aktiviti rekreasi air, kemalangan sentiasa terdedah di mana sahaja dan bila-bila masa. Ini kerana kekurangan informasi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesedaran risiko mengenai aktiviti rekreasi air. Merujuk kepada data laporan tahunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) setiap tahun ada sahaja kes kemalangan lemas di dalam sungai atau taliair. Tahun 2020 sebanyak 187 kes, tahun 2021 pula sebanyak 206 kes serta tahun 2022 adalah sebanyak 169 kes.

- Advertisement -

Dukacitanya terbaru telah berlaku kematian tiga individu yang dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti rakit arus deras (water rafting) di Sungai Kampar Perak. Punca kemalangan sudah pasti di dalam proses penyiasatan oleh pihak berkaitan.

Merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 terdapat peruntukan berkaitan kewajipan majikan bagi menjalankan pentaksiran risiko dan melaksanakan langkah-langkah kawalan di bawah seksyen 18B. 

Oleh itu majikan perlu melaksanakan pentaksiran risiko dan langkah kawalan sebelum aktiviti rekreasi air dilaksanakan. Sebagai contoh mengenalpasti dan memilih gred risiko sungai yang sepadan dengan tahap kecergasan fizikal peserta. Biasanya pihak Bomba mempunyai senarai kawasan ‘hotspot’ berisiko mati lemas.

Selain itu sentiasa waspada dan memberi perhatian sepenuhnya kepada panduan dan arahan dari ‘instructor’. Pastikan topi keledar dan jaket keselamatan sentiasa dipasang dengan kemas ketika aktiviti rakit arus deras ini kerana aktiviti ini tidak menjamin seratus peratus selamat! 

Ts. SHAHRONIZAM NOORDIN 
Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – HARAKAHDAILY 17/11/2024