KUALA LUMPUR: Kemasukan ke UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka adalah berdasarkan kepada kekosongan dan kapasiti akademik mengikut tahun pengambilan, kata Menteri Pendidikan Tinggi.
“Untuk makluman, terdapat peningkatan jumlah kemasukan pelajar ke UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka iaitu seramai 2,293 orang pada Oktober 2024 berbanding seramai 2,225 pelajar pada Oktober 2023,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) di Dewan Rakyat, semalam.
Kamal dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah benar berlakunya pengurangan jumlah pengambilan pelajar baru di UiTM Jengka.
Sekiranya ya, beliau memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan asbab berlakunya serta langkah-langkah yang diambil bagi menaikkan kembali bilangan pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi. – HARAKAHDAILY 15/11/2024