KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato’ Wan Saiful Wan Jan bakal mengupas isu yang berlaku dalam pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai pengendali rangkaian kedua 5G negara.
Pendedahan yang dibuat dalam Dewan Rakyat baru-baru ini membongkar ia dibuat tanpa melalui proses tender ditetapkan, malah dilakukan secara membelakangkan pengetahuan rakyat.
Perkara itu akan dirungkai dalam Bicara Harakahdaily (HD) yang disiarkan secara langsung dalam laman media sosial, Facebook, TikTok dan YouTube bermula 9:30 malam ini.
Selain itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar turut bersama dalam program yang dipengerusikan oleh pempengaruh tempatan, Suffi Kamari.
Malah perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mempertikaikan kelulusan diberikan susulan sebanyak 48.28 sahamnya dipegang syarikat asing.
Selepas penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock, kini negara bakal mecalar sejarah sekali lagi dengan pemilihan U Mobile.
Sedangkan dua daripada empat syarikat telekomunikasi terbesar negara iaitu Maxis Berhad dan CelcomDigi Berhad mempunyai pelan teknikal lebih jelas bagi pembangunan rangkaian 5G.
Maxis dalam kenyataan menjelaskan agensi itu berpangkalan di Malaysia dan diketuai selain syarikat rakyat Malaysia dengan 77 peratus saham ekuiti dipegang anak tempatan. – HARAKAHDAILY 14/11/2024