Dewan Rakyat panas ungkapan lantik ‘orang kita’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbahasan di Dewan Rakyat hari ini sedikit panas apabila Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) membangkitkan isu berkaitan pelantikan Peguam Negara yang baru, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

- Advertisement -

Dalam ucapannya, Mas Ermieyati menyatakan penghargaan kepada Tan Sri Idrus Harun atas khidmatnya sebagai Peguam Negara serta mengalu-alukan pelantikan Dusuki.

Namun, beliau turut mengutarakan kebimbangan mengenai persepsi negatif masyarakat, yang mendakwa pelantikan Dusuki mungkin ada kaitan dengan peranannya dalam membebaskan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) daripada pertuduhan.

Mas Ermieyati juga menyentuh ucapan seorang pemimpin Umno yang menyarankan Perdana Menteri mesti melantik ‘orang kita’ sebagai Peguam Negara, yang menurutnya perlu diperjelaskan agar tidak timbul persepsi negatif terhadap sistem perundangan.

Mendengar kenyataan tersebut, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) membangkitkan peraturan mesyuarat 36(6), menuduh Masjid Tanah membuat sangkaan jahat.

Menjawab perkara itu, Mas Ermieyati mempertahankan haknya untuk bertanya, serta meminta agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said, menjawab isu tersebut secara langsung.

Turut serta dalam perbahasan, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) menyokong Mas Ermieyati, merujuk kepada peraturan mesyuarat yang membenarkan pertanyaan jika fakta tidak pasti.

“Tan Sri Speaker pernah sebut kalau tak pasti boleh kemukakan dalam bentuk pertanyaan,” katanya mempertahankan hak Mas Ermieyati untuk bertanya demi penjelasan. – HARAKAHDAILY 13/11/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -