Blok ND6, ND7 bertindih dengan Blok Ambalat

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Blok ND6 dan ND7 merupakan blok minyak PETRONAS yang terletak dalam Lembangan Semporna (Semporna Basin) di Laut Sulawesi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, ujaenya blok itu bertindih dengan Blok Ambalat dan Blok Ambalat Timur yang dikeluarkan oleh Kerajaan Indonesia.

“Susulan daripada isu tersebut, kedua-dua negara kini sedang mengadakan rundingan persempadanan maritim antara Malaysia dan Indonesia dan isu ini masih dibincangkan antara kedua-dua negara,” ujarnya.

Beliau menyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) di Dewan Rakyat, semalam.

Dr Ronald dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membangunkan industri petroleum bersama Indonesia di Blok ND6 dan Blok ND7 yang juga dirujuk sebagai Ambalat oleh negara Indonesia.

Menurut Zaliha lagi, dalam masa yang sama juga, pihak PETRONAS dan kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk membangunkan Blok ND6 dan ND7. – HARAKAHDAILY 13/11/2024