Bagaimana pastikan jawatankuasa siasatan tidak bias?

Ustaz Kamal Ashaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mempersoalkan langkah-langkah yang diambil oleh jawatankuasa siasatan kepada pelanggaran Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak bersifat berat sebelah.

- Advertisement -

Beliau ingin memastikan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui jawatankuasa siasatan tersebut bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Maka, apakah langkah yang diambil bagi memastikan jawatankuasa siasatan kepada pelanggaran akta ini benar-benar bertindak di atas undang-undang dan bukannya bersifat bias?” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kerajaan ingin mewujudkan moratorium sebelum ianya dibentangkan dan diluluskan dalam Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Komunikasi dan Kewangan Teo Nie Ching menyatakan tiada cadangan untuk kerajaan melakukan moratorium dalam masa terdekat memandangkan terdapat kes-kes yang wajar dibawa ke mahkamah.

“Satu daripadanya ialah kes kematian Rajeswary atau Esha, seorang pempengaruh media sosial yang mana pemandu lori juga didakwa dan disiasat di bawak Sekyen 233 dan akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa perlunya semak dan imbang dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan jawatankuasa siasatan tidak disalahguna. – HARAKAHDAILY 13/11/2024