Peniaga Menu Rahmah hadapi kesukaran kerana kenaikan kos

Datuk Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menyuarakan kebimbangan mengenai kesulitan yang dihadapi oleh peniaga yang terlibat dalam program Menu Rahmah.

- Advertisement -

Beliau berkata, beberapa kedai yang terlibat dalam inisiatif itu mengadu tentang kenaikan kos yang semakin tinggi akibat daripada harga bahan mentah yang meningkat.

“Kita berjumpa dengan (peniaga) kedai-kedai yang dipilih untuk menyediakan Menu Rahmah ini dan mereka kadang-kadang merungut.

“Mereka menanggung kos yang agak tinggi dengan kenaikan harga barangan di pasaran termasuk raw material yang yang tinggi sekarang ni.

“Kerajaan bagi suntikan subsidi kepada mereka untuk meringankan kalau nak teruskan juga menu ramah di seluruh negara ini di kedai-kedai yang dipilih. Boleh beri penjelasan?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah pada sesi penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Armizan Mohd Ali, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut Armizan, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk memastikan program Menu Rahmah terus dapat dilaksanakan.

“Pertama yang telah pun dilancarkan sebelum ini kad diskaun Menu Rahmah tapi kad diskaun ini ditawarkan untuk para peniaga Menu Rahmah boleh membeli barang-barang tertentu di pasar raya pada kadar diskaun,” katanya.

Beliau berkata, pihak kerajaan juga sedang meneliti kemungkinan untuk memberi lebih banyak akses kepada peniaga Menu Rahmah melalui Program Gerakan Rakyat Menu Rahmah (PGRM) yang mana peniaga boleh membeli barangan dalam kuantiti yang lebih besar dengan harga yang lebih rendah. – HARAKAHDAILY 12/11/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -