Pelajar cemerlang sukan peluang cerah masuk IPT

- Advertisement -

TUMPAT: Pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan sering diintai institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi membolehkan mereka membina masa hadapan lebih baik.

- Advertisement -

Penolong Kanan (Pentadbiran) Sekolah Menengah (Arab) Bustanus Saadah Morak Wan Sayuti Wan Hussin berkata, atlet yang mewakili sekolah atau negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan mendapat peluang lebih cerah.

Katanya, atlet cemerlang ketika beraksi dalam mana-mana pertandingan sukan di peringkat kebangsaan termasuk bola tampar lebih mudah memasuki IPT.

“IPT akan menghantar surat tawaran kepada mereka apabila cukup syarat cukup kredit untuk memasuki mana-mana IPT.

“Tidak rugi sekiranya kita cemerlang dalam ko-kurikulum,” katanya ketika berucap pada majlis Rundingcara Bersama Ibu Bapa Pelajar SPM 2024 di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Rosli Che Soh.

Sekolah berkenaan menjuarai pertandingan bola tampar tiga tahun berturut-turut pada Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia  (KESUKMA).

Sementara itu, Wan Aiman Hakimi, 17 menerima cenderahati setelah memperolehi 7A 2B 1C pada peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini.

Beliau melahirkan rasa syukur dan berazam untuk meningkatkan lagi kecemerlangannya pada peperiksaan SPM akan datang dengan sasaran 9A. – HARAKAHDAILY 8/11/2024