Nushi teruskan sesi #ZiarahKasih di Kampung Batu 3

Nushi ketika turun padang program kebajikan melalui sesi #ZiarahKasih di Kampung Batu 3, Jalan Bangi-Semenyih.
- Advertisement -

SEMENYIH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Nushi Mahfodz telah meneruskan program kebajikan melalui sesi #ZiarahKasih di Kampung Batu 3, Jalan Bangi-Semenyih.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk membantu seorang ibu tunggal yang kini dalam keadaan uzur dan anaknya yang menghadapi masalah kesihatan. 

- Advertisement -

Dalam lawatan tersebut, beliau dan pasukannya memberikan sumbangan kepada keluarga tersebut, yang sedang berdepan dengan cabaran besar akibat ketumbuhan yang dialami oleh anaknya. 

“Ketiadaan kenderaan dan lesen memandu menyukarkan perjalanan mereka ke Hospital Kajang dan Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.

“Sehubungan itu, program  seperti ini adalah penting untuk menunjukkan bahawa kita sebagai masyarakat perlu bersatu dalam membantu mereka yang memerlukan. 

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar lebih ramai masyarakat akan tampil untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang terjejas, demi kesejahteraan bersama. – HARAKAHDAILY 7/11/2024