Naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV siap awal 2025

Zamakhshari Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerja-kerja menaik taraf dan menambah baik Stadium Sultan Muhammad IV berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zamakhsari Muhamad berkata, kerja-kerja membuat longkang di sekeliling padang telah siap sepenuhnya.

Manakala sekarang katanya fasa memasang paip untuk semburan dan pemulihan rumput di tepi padang yang terlibat dengan kerja baik pulih longkang tersumbat.

“Dijangka padang Stadium Sultan Muhamad IV akan dapat digunakan pada awal Januari tahun hadapan,” katanya di sini.

Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Stadium Sultan Muhammad IV di bermula Ogos lepas melibatkan projek bernilai lebih RM500,000.

Ekoran kerja-kerja menaik taraf tersebut menyebabkan stadium terbabit tidak dapat digunakan sebarang perlawanan bola sepak. – HARAKAHDAILY 7/11/2024

- Advertisement -