KOTA BHARU: Kelantan Darulnaim FC II (KDN-FC II) menarik nafas lega apabila berjaya menewaskan Perak FC ll 1-0 dalam saingan Piala MFL 2024/2025 di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Ketua Jurulatih KDN FC Khairan Eroza Razali berkata, pasukan itu meraih tiga mata penuh selepas gagal melakukannya sejak empat perlawanan lepas.
“Syukur, syukur, syukur kepada Allah, Alhamdulillah, akhirnya kita dapat tiga mata selepas empat perlawanan gagal.
“Walau banyak peluang menjaringkan gol dilepaskan, pemain telah berusaha mendapatkan kemenangan. Saya berpuas hati dengan semangat juang pemain”, katanya di sini semalam.
Menurutnya juga Perak FC mempunyai peluang yang baik untuk menyamakan kedudukan, namun pemain pertahanan KDN FC berjaya mengawal situasi dengan baik.
Pada aksi yang didominasi KDN FC II kelmarin, Asraff Aliffuddin meledak jaringan pada minit ke-38 untuk meletak skuad bawah 23 tahun Sang Kijang Emas kembali ke kedudukan tiga teratas carta liga. – HARAKAHDAILY 7/11/2024