KUALA LUMPUR: Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) membangkitkan persoalan mengenai tuduhan asal terhadap syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang dikatakan meneruskan amalan Aurad Muhammadiah.
Beliau mempersoalkan mengapa tuduhan besar ini masih belum didakwa meskipun tuduhan-tuduhan lain seperti penglibatan dalam jenayah terancang sudah pun ada dalam senarai.
” Okay, itu tuduhan besar dia tapi hingga setakat ni, dia tidak didakwa di bawah kesalahan tersebut yang jelas, saya tengok dalam senarai tuduhan sampai ada yang dituduh kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang dan sebagainya tapi tuduhan kesalahan asal tu tidak ada pun dibuat hingga setakat ni.
“Jadi saya ingin dapat penjelasan kenapa tuduhan itu tidak diteruskan sedangkan itu kesalahan utama dia,” katanya ketika mengemukakan mengemukakan soalan tamabahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut menyoalt dakwaan bahawa GISBH tidak memenuhi tanggungjawab pembayaran cukai, walaupun begitu, sehingga kini, belum ada tuduhan rasmi dikenakan terhadap syarikat tersebut.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahan hampir 600 ratus kanak-kanak, termasuk anak-anak kecil, dalam isu ini.
“Yang kedua, sebagai sebuah syarikat GISBH dituduh konon tak bayar income tax dan sebagainya, hingga setakat ini, tiada satu pun tuduhan dibuat atas syarikat dan saya ingin bertanya hampir 600 orang anak-anak ni yang ditahan sampai bila mereka nak ditahan dan mereka dipisahkan dari ibu bapa.
“Sebab ada kes, anak-anak yang setahun setengah pun terus ditahan dan dia terpaksa gunakan peguam, keluar duit untuk dapatkan balik anak dia Jadi saya dapat penjelasan,” katanya lagi.
Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan menjelaskan, bukti yang kukuh diperlukan sebelum pendakwaan dapat diteruskan.
“Bukti perlu dipastikan sebelum pendawaan dibuat, jadi dari aspek ini kita serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Terdahulu, soalan asal Young Syefura Othman (PH-Bentong) meminta Perdana Menteri menyatakan berikutan kes itu yang dikaitkan dengan fahaman sesat Al-Arqam yang mengeksploitasi kanak-kanak dan wanita yang didedahkan baru-baru ini, bagaimana Kementerian berhasrat untuk memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) pelaporan agar setiap laporan yang diterima akan diambil tindakan dengan segera. – HARAKAHDAILY 6/11/2024