KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri sehingga jam 3 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah. Ia meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.
“Beberapa kawasan di Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Bagan Datuk. Satu tempat turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencan iaitu di Jeli.
“Seterusnya turut diramalkan beberapa kawasan di Terengganu. Ia melibatkan kawasan Hulu Teregganu, Kemaman dan Dungun,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima tempat di Pahang yang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan. Di Johor pula melibatkan kawasan Batu Pahat dan Pontian.
Beberapa kawasan di Sarawak yang iaitu di Sibu (selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu). Wilayah Persekutuan Labuan juga diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang.
Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2024