KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berkata PAS menarik diri daripada gerakan reformasi.
“Dulu, ketika kerajaan dan puak-puak sana melaksanakan reformasi, kami turun bersama dari awal. “Ketika itu ada orang tepuk belakang berhadapan dengan pihak polis.
“Namun, apa yang berlaku adalah kami yang banyak masuk lokap, sedangkan mereka yang kelihatan bersemangat, justeru duduk di belakang dan akhirnya menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Ucapannya tersebut disambut dengan gelak tawa daripada sebahagian ahli parlimen, menjadikan suasana yang meriah di Dewan Rakyat.
Gerakan reformasi di Malaysia bermula pada September 1998 sebagai reaksi terhadap pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pergerakan itu dicirikan oleh demonstrasi besar-besaran, ketidaktaatan, rusuhan, dan aktivisme dalam talian, yang berlangsung ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel. – HARAKAHDAILY 5/11/2024