Kriteria T15 masih belum ditentukan

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Banyak pihak persoal bagaimana golongan T15 ditakrifkan.

- Advertisement -

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, kumpulan itu terkesan selepas pembentangan Belajawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Mereka terkesan dengan keputusan kerajaan PHBN pada hari ini untuk dikecualikan daripada manfaat subsidi petrol, pendidikan dan kesihatan.

“Ini kerana mengikut Jabatan Perangkaaan Malaysia (DOSM), pendapatan isi rumah RM12,000 adalah kumpulan T15,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Negara hari ini.

Soalnya lagi, adakah keputusan itu dibuat tanpa merujuk data daripada kementerian atau agensi berkaitan.

“Adakah pendekatan sebegini dijadikan tatakelola Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

” Adakah MOF beranggapan perkara ini tidak penting bagi memastikan unjuran perbelanjaan dan penjimatan kerajaan yang diumumkan dalam belanjawan adalah munasabah?

” Dan bagaimana dengan proses penintegrasian, pengkalan data, merentas agensi dan kualiti data yang telus dan keberkesanan sistem padu yang telah menelan belanja hampir RM85 juta?,” katanya lagi.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizqn berkata, kumpulan T15 masih dalam proses penentuan.

“Untuk menentukan tahap T15 kerajaan masih dalam proses untuk menentukan kriteria yang akan diadakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/11/2024