Penyampaian wakaf katil oleh ADUN Sungai Burong

Zamri (dua dari kiri) bersama penduduk ketika menjayakan program kebajikan Bakti Demi anjuran Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Program kebajikan Bakti Demi anjuran Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong sekali lagi bagi menjalankan misi kebajikan pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, satu wakaf katil telah diberikan kepada seorang penduduk yang memerlukan di kawasan tersebut.

- Advertisement -

“Insentif ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga pesakit, memudahkan penjagaan di rumahnya dan memberi keselesaan kepada pesakit dalam menjalani proses rawatan dan pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Menurut beliau, sumbangan tersebut juga membuktikan bahawa masyarakat di sekitar kawasan ini bersifat prihatin dalam menjaga kebajikan antara satu sama yang lain.

“Perkara sebegini menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan kurang berkemampuan di kawasan tersebut.

“Inisiatif seperti ini juga memaparkan bahawa pentingnya sokongan komuniti dalam membantu antara satu sama yang lain khususnya dalam waktu yang sukar,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zamri berharap berkenaan tersebut mempunyai sedikit keselesaan dan sokongan moral melalui wakaf katil ini.

“Dengan adanya katil pesakit ini, diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan dan sokongan moral kepada keluarga penerima untuk terus kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/11/2024