Ijtimak Tarbawi 10.0: Pentas amanah pemimpin kepada pemimpin

Tuan Guru Abdul Hadi dalam program Ijtima Tarbawi 10.0 di Kota Bharu, Kelantan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ijtimak Tarbawi 10.0 merupakan pentas terbukanya harapan, dokongan dan kepercayaan terhadap amanah seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nadzir Helmi berkata, terdapat kisah yang telah Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pendamkan daripada khalayak ramai.

- Advertisement -

“Namun begitu,  kisah yang Tuan Guru selama ini pendamkan daripada khalayak ramai kini diceritakan untuk tatapan semua pendokong Gerakan Islam.

“Semua itu sebagai persiapan jiwa kita untuk mengimani sebuah kemenangan yang Nabi janjikan, dan menjauhi semua perkara yang menjauhkan kita daripada kemenangan hakiki,” katanya dalam akaun media sosial Facebooknya.

Nadzir Helmi

Menurut beliau, terdapat kemungkinan bahawa pada ketika ini merupakan satu zaman bertempur dengan ideologi yang penuh dengan kecelaruan dan membawa kepada tujuan yang lebih jelas.

Tambah beliau, ini termasuklah terdapat musuh yang perlu dihadapi dan diikuti rakan yang perlu didekati.

“Tuan Guru Abdul Hadi mahukan kita semua untuk tidak bertukar polisi kerana takut berlakunya situasi yang mana musuh dilihat sebagai rakan manakala yang rakan pula dibina dengan permusuhan.

“Maka, Kuliah Tafsir Ar-Rum itulah kemuncak kefahaman untuk membezakan antara kuasa yang perlu disantuni dan yang perlu didepani,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nadzir menegaskan bahawa prinsip Islam harus dipegang dengan teguh yang mana gerakan Islam itu sendiri menjadi pemandunya.

“Kita semua perlu kuatkan fikrah dan jelaskan tarbiyah supaya bukan sahaja menyambut kemenangan tetapi juga memimpin kemenangan itu sendiri, insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/11/2024