KUALA TERENGGANU: “Apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan perit jerih yang mereka lalui,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Justeru, beliau menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada para pejuang lama PAS yang terus beristiqamah.
“Ditekan, dizalimi, didiskriminasi, dinafikan hak, kena bom asap, masuk ISA dan pelbagai lagi mehnah telah dilalui sehingga akhirnya kita raih kemenangan ini.
“Terima kasih kepada semua pejuang-pejuang lama PAS yang terus istiqamah,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Terengganu menerusi hantaran di laman sosialnya, hari ini.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi itu menambah, hanya Allah yang mampu membalasnya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas kepada PAS Kawasan Besut yang meraikan para As-Sabiqun parti pagi tadi di Bukit Keluang Beach Resort.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Timbalan Pengerusi As-Sabiqun negeri, Mohamad Deraman. – HARAKAHDAILY 2/11/2024