Era kerajaan Umno JKKK boleh arah DO

Dato' Mohd Azam Abdul Samad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketika era Umno mentadbir Kedah, ada pegawai daerah (DO) boleh diarah oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK).

- Advertisement -

Sedangkan kata Exco Agama Dato’ Mohd Azam Abdul Samad, DO merupakan wakil sultan di peringkat daerah yang perlu dihormati.

Katanya juga, Kedah agak unik kerana pernah ditadbir Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan sekarang Perikatan Nasional (PN).

“Sekarang Kedah di bawah PN ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Md Nor selalu memberi ingatan selepas waktu kerja pegawai kerajaan boleh pakai baju politik masing-masing,” katanya pada forum SG4 sempena Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Malaysia di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) malam tadi.

Menurutnya juga sekarang tidak ada lagi campur tangan yang meluas politik dalam pentadbiran kerajaan.

Azmir pula berkata, gejala Islamofobia tidak pernah terhenti di Perlis sehingga sekarang di mana ia bertujuan untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Bagaimanapun kata beliau kerajaan PN mengambil pendekatan budaya politik matang dan sejahtera bagi menangani setiap isu yang berlaku. – HARAKAHDAILY 2/11/2024