Deepavali: PAS Balok Makmur ziarah komuniti India

- Advertisement -

KUANTAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Dato’ Andasura Rabu bersama PAS Cawangan Balok Makmur mengadakan kunjungan ke rumah komuniti India di kawasan itu sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

- Advertisement -

Menurutnya, program ziarah itu telah menjadi acara tahunan yang dianjurkan PAS Cawangan Balok Makmur dengan tujuan membina hubungan baik dan menyantuni komuniti India yang telah lama menetap di kawasan kejiranan tersebut.

“Kami berkunjung dari rumah ke rumah untuk bertanya khabar sambil meraikan mereka dan menyampaikan sedikit buah tangan. (Foto atas)

“Ia tradisi yang diatur saban tahun oleh PAS Cawangan Balok Makmur sebagai tanda ingatan dan semangat kejiranan.

“Walaupun jumlah mereka tidak ramai namun kehadiran mereka sejak bertahun-tahun di kejiranan Balok Makmur dingati dan diraikan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di Malaysia.

“Selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di mana juga berada.

“Semoga gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan di hari keraian ini,” katanya.

Beliau turut memuji inisiatif PAS cawangan tersebut atas usaha berterusan dalam memperkukuhkan hubungan baik antara komuniti. – HARAKAHDAILY 30/10/2024

- Advertisement -