Ruang wuduk: Dasar Perumahan Kelantan ditambah baik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dasar Perumahan Kelantan yang digubal sejak tahun 2020 terus ditambah baik bagi memastikan sistem perumahan di negeri itu dan kehidupan rakyat menepati ajaran agama Islam.

- Advertisement -

Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, pihaknya mencadangkan agar rumah mempunyai ruang mengambil air sembahyang.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri menetapkan dasar iaitu rumah yang dibina mempunyai tiga bilik bagi memisahkan ruangan bagi suami isteri, anak lelaki dan anak perempuan.

“Walaupun di situ sudah ada tempat pengasingan, saya minta dia tambah lagi dalam dasar dalam perumahan negeri, kena ada bilik asing atau ruangan khusus untuk mengambil wuduk.

“Kalau kita ambil air sembahyang, nak baca bismillah dalam bilik air, bukan begitu, kena ada sekatan, cermin, kita pun niat nak ambil wuduk pun rasa lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) di Hotel Grand Renai di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 29/10/2024